Bonjour!
Hey ! Good days to you!
![]()
Home
About
Tagboard
Footprints here! ♦ URL blog wajib ade not email ♦ Harsh words & Anon not allowed Credits |
Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat di Hari Akhirat
Assalamualaikum w.b.t . Hari ini Aizza nak cerita yang bertajuk " Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat di Hari Akhirat " . Aizza ambil cerita ini daripada Asuh dan ingin kongsikan kepada kawan-kawan . Mohon maaf jika Aizza tersalah taip . Kerana yang baik itu datang daripada Allah , yang buruk itu datang daripada Aizza sendiri . :-) Membaca Al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT . Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran , ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya . Selain itu , ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak . Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : " Perumpamaan Mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya yang sedap . Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca Al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap . Membaca Al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah . Di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwuduk) dan membacanya di tempat yang bersih , memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah , membaca dengan teliti dan perlahan , menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu . Pembacaan Al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca . Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar . Rasulullah SAW bersabda : " Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya . " ( Riwayat Muslim ) |