//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : Selamat datang ! jangan lupa follow saya :D

Home About
Tagboard
Footprints here!



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed






Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: YOUR NAME

Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat di Hari Akhirat

Assalamualaikum w.b.t . Hari ini Aizza nak cerita yang bertajuk " Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat di Hari Akhirat " . Aizza ambil cerita ini daripada Asuh dan ingin kongsikan kepada kawan-kawan . Mohon maaf jika Aizza tersalah taip . Kerana yang baik itu datang daripada Allah , yang buruk itu datang daripada Aizza sendiri . :-)


    Membaca Al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT . Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran , ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya . Selain itu , ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak .


   Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : " Perumpamaan Mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya yang sedap . Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca Al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap .


    Membaca Al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah . Di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwuduk) dan membacanya di tempat yang bersih , memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah , membaca dengan teliti dan perlahan , menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu .


    Pembacaan Al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca . Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar .
 

Rasulullah SAW bersabda : " Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya . " ( Riwayat Muslim )